Powered by Jasper Roberts - Blog

Kerana cemburu Lima lelaki di pukul


Kerana cemburu Lima lelaki di pukul


Angkara cemburu kerana menari dengan seorang daripada teman wanita suspek, lima lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk cedera dibelasah dalam satu pergaduhan di luar sebuah pusat hiburan di Jalan Batu Ferringhi, di sini, Sabtu lalu.

Lima Lelaki Dibelasah Kerana Cemburu
Kejadian dipercayai berlaku jam 11.30 malam apabila sekumpulan lelaki berusia 20 hingga 30-an ke pusat hiburan berkenaan bersama teman wanita masing-masing untuk berhibur di malam minggu.

Ketika mereka asyik berseronok, datang sekumpulan lelaki lain dan menghampiri sambil mengajak seorang daripada teman wanita mereka menari bersama .

Keadaan itu menyebabkan seorang lelaki daripada kumpulan berkenaan tidak berpuas hati apabila teman wanitanya cuba dirampas lelaki lain.

Situasi secara tiba-tiba menjadi tegang dan berlaku pertengkaran sebelum berlanjutan kepada pergaduhan di hadapan pusat hiburan itu.

Akibat pergaduhan itu, lima daripada mereka berusia antara 20 hingga 27 tahun cedera.  Berikutan itu, satu laporan polis dibuat.

Menurut sumber, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif dan identiti sebenar suspek dan sehingga kini tiada tangkapan dilakukan.


Ranking: 5

Komen Di Sini

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net