Powered by Jasper Roberts - Blog

Hukum Menggunakan Ayat Al-Quran Dan Azan sebagai Nada Dering Telefon



Hukum Menggunakan Ayat Al-Quran Dan Azan sebagai Nada Dering Telefon


Didapati masih ramai lagi di kalangan kita yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai ringtone/nada dering. Niat mereka mungkin baik iaitu mungkin mendapat pahala apabila mendengar ayat-ayat suci tersebut.

Tetapi, tanpa mereka sedari amalan tersebut sebenarnya dilarang dalam Islam.


Satu mesyuarat Majlis Fatwa Ulama’ Saudi telah diadakan pada 17 Nov 2007 membincangkan perkara ini. Majlis ini dihadiri oleh 70 org perwakilan figh dunia dan ianya dipengerusikan oleh Mufti besar Arab Saudi Sheikh Abdul Aziz Ali Al-Syeikh. Hasil daripada perbincangan, ulama-ulama berpendapat:

“Ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat al-Quran yang didengarkan itu secara tiba-tiba ia terhenti, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan didalam talipon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”.

Akademi Penyelidikan Islam, yang diketuai oleh Sheikh Dr Mohamed Sayed Tantawi rh., pada hari Khamis 12 November 2009 telah mengharamkan penggunaan penggunaan Al-Quran sebagai nada dering kata beliau:

“Ia merupakan penyalah gunaan al-Quran, tidak bertepatan dengan keAgungan dan kemuliaanya”.

Menurut Setiausaha Akademi tersebut, al-Azhar telah mengikuti keputusan yang difailkan oleh ahlinya Sheikh Mustafa Shaka yang menyeru pihak al-Azhar mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering. Keputusan dibuat atas dasar:

“ayat2 yang digunakan tidak sesuai dengan keAgungan al-Quran. Ayat-ayat yang dibacakan pun tidak habis / putus.”

Al-Azhar juga telah mengarahkan pihak Telco di Mesir mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering.

Kata Sheikh Dr Mahmoud Ashour:

“ayat-ayat al-Quran tidak diturunkan dari syurga untuk digunakan sebagai ringtone atau sebagai sesuatu yang tidak ada nilai dari aspek keAgungan dan status al-Quran itu sendiri”.

Menurut beliau lagi, yang merupakan ahli Jawatan kuasa Akademi tersebut:

“orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al-Quran apabila ia berbunyi, kerana nada dering itu dijadikan sebagai bahan alert apabila terjadinya perhubungan (connection), dan tidak sesuai langsung al-Quran menganti tempat nada dering atau deringan musik”.

Ini disepakati oleh Darul Ulum Deoband India yang juga mengharamkan amalan ini. Jurucakapnya Mohammed Asumin Qazmi mengatakan bahawa ayat-ayat al-Quran bukanlah bertujuan menghibur:

“Seseorang yang mendengar al-Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadhu’ dan tadabbur. Jika ia digunakan sebagai nada dering, tiba-tiba ditutup semasa bacaan, maka sangatlah tidak Islamik perbuatan tersebut”.

Kesimpulan dari sebab-sebab pengharaman al-Quran sebagai nada dering adalah :-


  1. Kedudukan ayat-ayat al-Quran yang Agung dan Mulia tidak sesuai dijadikan sebagai nada dering.
  2. Nada dering bacaan al-Quran itu biasanya tidak dihirau bacaannya, sedangkan menurut syara’, apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan, hendaklah yang nmendengar itu diam dan mendengarnya.
  3. Bacaan al-Quran pada nada dering biasanya bacaan tersebut terhenti atau terputus apabila talipon tersebut “berhubung”. Ayat al-Quran hendaklah dibaca secara penuh.
  4. Adakalanya, nada dering bacaan dibunyikan pada tempat-tempat yang kotor seperti tandas!! Haram bacaan al-Quran didalam tandas.

Pengharaman nada dering bacaan al-Quran termasuklah laungan Azan.

Wallahua’lam.

sumber: sohoque.com
Ranking: 5

Comments:7

03 August, 2012 10:31

oouh...seriously? Baru tahu...good info.

03 August, 2012 10:42

xbagus benarnya kan?..bygkan kita dlm bilik air,tgh membuang,hp berbunyi baca ayat kursi,xbgs la sgt...ishhh..guna nada dering lain suda.

03 August, 2012 10:50

@~emi~A,ah benar...sebab ustard koz dulu penah gak beritahu tentang benda ini...

03 August, 2012 10:53

@Eca Dwinky AshaBenda begini ar yg harus di elakkan^^

03 August, 2012 11:45

Assalam, saya pun hairan kenapa mereka nie nak sangat letak ayat Al-Quran nie sebagai nada dering... perkara seperti ini memang patut dielakkan takut pula di belakang hari lain jadinya dan timbul pula perkara lain...

03 August, 2012 11:49

nak tanya sikit, kat mana awak copy post ini?

06 March, 2013 21:23

xbagus benarnya kan?..bygkan kita dlm bilik air,tgh membuang,hp berbunyi baca ayat kursi,xbgs la sgt...ishhh..guna nada dering lain suda. 03 August, 2012 10:42 ---

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net