Powered by Jasper Roberts - Blog

Gol sulung Nazmi Faiz Mansor

Gol sulung Nazmi Faiz Mansor di Portugal

Akhirnya Nazmi Faiz Mansor berjaya mencipta gol sulung sepanjang berada di SC Beira Mar Portugal. Kata Nazmi, jaringan itu sebagai hadiah Aidilfitri dan hari jadi dia kepada seluruh peminat bola sepak di Malaysia.


Gol sulung Nazmi diperoleh dalam aksi persahabatan menentang kelab Loursa pada 18 Ogos 2012 lalu. Bintang muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor itu semakin bersemangat selepas meledak gol sulung bersama kelab remaja Portugal, S.C Beira-Mar. Dua hari sebelum aksi itu yang menyaksikan skuad B-19 Beira-Mar meraih kemenangan 3-0, Nazmi Faiz telah menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-18.

Meskipun masih tidak mendapat peluang untuk beraksi bersama skuad utama Beira-Mar, Nazmi Faiz percaya jaringan tersebut menjadi suntikan semangat kepadanya untuk menambat hati pengendali kelab Divisyen Satu Portugal itu.

“Saya rasa sangat gembira selepas sebulan berada di Portugal. Walaupun saya tidak beraksi bersama skuad utama Beira-Mar tetapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk beraksi dengan lebih baik dalam setiap perlawanan. Selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun, saya berazam untuk berusaha dengan lebih keras untuk memikat pihak pengurusan skuad utama Beira-Mar.

“Buat masa ini, saya masih perlu belajar dan jurulatih Beira-Mar, Ulisses Morais telah banyak membantu saya ketika sesi latihan bagi memperbaiki skil serta kemahiran di tengah padang. Beraksi dalam liga di Eropah sememangnya menjadi impian saya sejak kecil dan saya mahu menimba seberapa banyak pengalaman bersama Beira Mar,” ujar Nazmi Faiz.
Ranking: 5

Comments:2

27 August, 2012 00:07

terbai dari ladang!!

27 August, 2012 21:36

bagus tu.. semoga peluang terbuka luas untuk nazmi

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net