Powered by Jasper Roberts - Blog

16 dan 17 Ogos cuti raya

16 dan 17 Ogos cuti raya

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 19 Ogos ini.
Perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet Rabu lalu, kata Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan hari ini.


“Dengan ini, semua pihak mempunyai tempoh masa mencukupi bagi merancang perjalanan pulang dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya,” katanya.
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah untuk memohon cuti berganti melalui pendaftar masing-masing untuk kelulusan.

Bagi tujuan penyelarasan, kementerian itu mencadangkan supaya cuti berganti persekolahan 16 Ogos diganti pada Sabtu, 8 September manakala cuti berganti 17 Ogos diganti pada Sabtu, 22 September.
“Pihak sekolah hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya pada hari Sabtu berkenaan sebagai hari ganti persekolahan mengikut jadual waktu hari yang terlibat dengan hari cuti berganti tersebut,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

tarikh cuti raya 2012, cuti hari raya 2012, permohonan cuti hari raya, cuti hari raya sekolah, hari ganti raya
Ranking: 5

Comments:3

10 August, 2012 13:01

ingat cuti tuk gov and swasta tadi..hihih

10 August, 2012 13:07

hpmurah2u @ belum keluar lagi ^ ^ nnt lau ada info koz kongsokan ya

05 March, 2013 00:26

ingat cuti tuk gov and swasta tadi..hihih 10 August, 2012 13:01 ---

Post a Comment

Komehlah dan klik G+ di atas sekali okey^^

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net